Friday 12 October 2012

Tiramisu Cake







Bahan-bahan

250gm cream cheese
200 ml whipping cream
60gm gula castor
1/2 sudu kecil esen vanilla
1 sudu besar nescafe (dibancuh dengan air)
lady finger
butter cake









Cara-cara

1) Potongkan kek dan susun di dalam bekas.
2) Curahkan air nescafe yang sudah dibancuh ke atas kek. 
Jangan curah terlalu banyak, takut lembik,asalkan kek tu basah je.
3) Pukul cream cheese, whipping cream dan gula kastor sehingga kembang.










4) Ratakan adunan cream cheese ke atas kek tadi.
 Jangan habiskan sebab nanti nak layer kat atas pulak.
5) Kemudian celupkan lady finger ke dalam bancuhan nescafe dan disusunkan ke atas kek yang sudah disapu cream cheese.
6) Lapiskan sekali lagi adunan cream cheese ke atas lady finger yang sudah disusun. 
Masa ni habiskan aje cream cheese tu.hehe















Lastly hiaskan dengan cocoa powder ataupun chocolate rice mengikut kreativiti masing-masing.
Tips : Sejukkan kan dulu triffle selama minimum 2 jam dalam fridge untuk kenikmatan tidak terhingga...nyam nyam





Special project

      
     Hi semua...lately ni sibuk sesangat amat sebab nini baru pindah rumah lepas tu ofis pun sibuk dengan keja bertimbun-timbun. Semuanya nak urgent.hmmm..Ok straight to the point,memang rasa bersalah sangat sebab tak update blog (buat blog bukan main beria lagi) ,lepas tu dah la tak update resepi baru. Ada 2 je resepi..Kata blog cerita pasal makanan tapi baru ada 2 resepi (bebel kat diri sendiri..hahahaha) .

    Weekend ni,nini ada projek kat dapur baru, ceewahhhh,so boleh la nanti nini kongsi dengan korang semua. Calon-calonnya adalah :
       
    Chocolate cake super duper moist
       Cake pop
     Crust tart
         

    Eh semua huruf C,macam dah planning pulak dorang ni.Ok till then see yaa!!!


Tuesday 9 October 2012

IKRAR

          Bahawasanya saya dengan ini berjanji (ikut reramai yer angkat tangan kanan paras bahu) ..           
 'Saya berjanji akan selalu mengUPDATE blog masakan saya dengan lebih rajin dan berdedikasi,dan juga akan mengUpload info-info yang berkaitan makanan dengan lebih kerap lagi iaitu seminggu at least sekali'. 

Promise !!!! 

Friday 21 September 2012

Yummy Triffle








BAHAN-BAHAN 
(2 bekas bulat besar)

Kek 
Buah-buahan dalam tin
Agar-agar jelly
3 Cawan Susu Segar
2 Sudu Besar Tepung Kastad
 1/2 Cawan Gula










CARA-CARA 

1) Susunkan kek di dalam bekas.Kemudian siramkan dengan air buah-buahan tadi. Jangan sampai lembik pulak kek tu.

2) Sementara itu sediakan kastad. Satukan susu segar,gula dan tepung kastad. Kacau dengan api perlahan sampai mendidih.

3)Bila mendidih je kastad tu,terus curah ke atas kek tadi. Biarkan sejuk seketika.







 4) Kemudian susunkan buah-buahan tin ke atas kastad.

5) Akhir sekali sediakan agar-agar jeli. Dibelakang kotak ada disediakan cara memasak jeli ataupun satukan 3 sudu besar sebuk jeli dengan air 1 cawan. Masakkan hingga mendidih.

6) Biarkan suam-suam kuku sikit,hehehe. Lepas tu curah ke atas buah-buahan tadi.

7) Last sekali masukkan dalam fridge. Dah beku sikit jeli tu maksudnye dah boleh makan la. Selamat Mencuba!





Taraaa dah siap.Yummy Triffle!!!

(ppssttt: abaikan botol kicap kat belakang tu, hehehe)


OPEN OFFICE AIDILFITRI

 Makan-makan dengan orang malaysia ni memang sinonim la kan. Aritu office husband ade buat pot luck untuk open office (bukan open house eh, sebab buat kat ofis kan... hehe) kecil-kecilan diaorang. Jadi ade la offismate die order triffle dengan tiramisu.Yahooooo suker sangat sebabnya dah lama tak main masak-masak. Jom nini nak share resepi triffle dengan tiramisu.















Monday 27 August 2012

CRAVINGGGG


Coming Soooonnn



Selamat Hari Raya !!!


Assalamualaikum w.b.t....

Kesempatan ini nini nak wish Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat islam dan Maaf Zahir Batin jugak kalau ada tersalah cakap terkasar bahasa. Kosong-kosong eh.heheheh..


the big family of SHAM'S...